Sunday, December 21, 2008

ADAB UMAWI

KHALIFAH UMAR ABD AZIZ

Umar ibni Abd al-Aziz (680-720) ialah khalifah bani ummayyah yang memerintah dari tahun 717 hingga tahun 720. Tidak seperti khalifah Ummayyah sebelumnya, dia dialntik ke jawatan khalifah. Dia ialah sepupu khalifah sebelumnya dan ialah anak adik Khalifah Abdul Malik iaitu Abd al-Aziz.

BIODATA
Umar dilahirkan pada tahun 682. Ada dua pendapat mengenaai tempat kelahirannya iaitu pendapat pertama dia dilahirkan di Madinah manakala pendapat kedua mengatakan dia dilahirkan di Mesir. Bapanya ialah Abd al-Aziz, Gabenor Mesir dan adik kepada Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Umar ialah cicit kepada Khalifah kedua Khulafa al-Rasyidin iaitu Saidina Umar Al-Khatab.

MENJADI GABENOR
Umar dibesarkan di Madinah dan tinggal di sana sehinggalah kematian ayahnya. Selepas itu dia dipanggil oleh Khalifah Abdul Malik ke Damsyik untuk mengahwini anak Khalifah Abdul Malik, Fatimah. Khalifah Abdul Malik meninggal dunia tidak lama kemudian dan digantikan dengan anaknya Al-Walid I yang kemudian melantik Umar sebagai Gabenor Madinah. Tidak seperti gabenor terdahulu, Umar menubuhkan sebuah majlis untuk membantunya menguruskan Madinah. Ramai orang berhijrah dari Iraq ke Madinah mencari perlindungan daripada kekejaman gabenor Iraq iaitu Hajjaj ibn Yusuf. Hal ini mendatangkan kemarahan Gabenor Iraq yang kemudiannya mendesak Khalifah Al-Walid supaya memecat Umar. Walaupun mendapat bantahan penduduk Madinah, Khalifah Al-Walid terpaksa tunduk kepada tuntutan Hajjaj

MENJADI KHALIFAH
Umar terus tinggal di Madinah sepanjang pemerintahan Khalifah Al-Walid dan Khalifah Sulaiman. Khalifah Sulaiman yang juga merupakan sepupu Umar amat mengaguminya dan melantik Umar sebagai penggantinya walaupun ditentang oleh saudara terdekatnya. Umar dengan berat hati menerima jawatan ini walaupun mencuba beberapa kali untuk mengubah keputusan Khalifah Sulaiman. Umar tidak mementingkan kekayaan dan kemegahan dan memilih untuk hidup dalam kesederhanaan.
Walaupun mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi rakyat, beliau menggalakkan rakyat supaya memilih khalifah yang baru sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan pemerintahannya. Beliau membahagikan tanah jajahan Ummayyah kepada rakyat dan amat jarang menerima hadiah kerana takut dirasuah. Beliau juga mendesak kaum keluarganya supaya mendermakan barang kemas kepada perbendaharaan awam.

PERUBHAN PENTADBIRAN
Umar juga melakukan beberapa perubahan keagamaan. Dia menghapuskan amalan menyumpah Saidina Ali Abi Talib semasa khutbah Jumaat. Khalifah Umar juga menguatkuasakan undang-undang Syariah dan menghapuskan amalan pembayaran cukai Jizyah terhadap saudara baru Islam walaupun mereka telah memeluk Islam.
Walaupun beliau tidak berminat untuk mengembangkan empayar Ummayyah, beliau berjaya menumpaskan beberapa pemberontakan dan penentangan

KEWAFATAN
Perubahan yang dilakukannya menimbulkan kemarahan golongan bangsawan Ummayyah yang kemudiannya merasuah seorang hamba untuk meracuni makanannya. Umar mengetahui mengenai perkara ini dan memaafkan pesalah ini. Beliau wafat pada tahun 720 di Aleppo. Beliau digantikan oleh sepupunya Yazid II...

Friday, September 26, 2008

Monday, June 9, 2008

Selamat Datang ke UK Corner

Dijemput kepada semua mahasiswa/wi zaqaziq
untuk hadir majlis pembukaan :

UK Corner

Bertempat : Maharis Handasah Qaumiyah
Bertarikh : 12 JUN 2008
Hari : Khamis
Masa : Lepas zohor sampai lepas Maghrib

Talian : 018 – 3843245 Ust Zofer
010 – 3727996 Ust Hazri
012 – 0766698 Ust Nordin

Sunday, June 8, 2008

PANTUN SELANG NEGERI

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api]
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Tuesday, June 3, 2008

selamat hari lahir mak abah adik...

asslamualaikum semua ari ni aku dah abis imtihan kertas last madah tafsir alhamdulillah selasai gak imtihan....blik je dri imtihan aku terus bukak komputer yelah dah lame x bukak sejak dri seblum imtihan ag...xdelah lme sgt 30 ari jerk masuk ari ni huhuhu....petang ni rase seronok giler....dah abis imtihan merdekalah ringan ckit kepale otak aku nih sblum ni berat huhu bnyak ngapal huhuhu...petang nih aku nk cite ckit ttg ari lahir mak abah dan adik aku...semalam ari lahir mak aku 2.6.1965 nme mak aku rahimah bte mat jani umor 44 tahun mude ag kan huhuhu yelah mak aku umo 19 dah kawen dah....tdi mak aku ni abah aku plak ari lahir dye esok 4.6.1963 namenye rusni bin jabar skrg umurnye 46 tahun...abah aku mude gak kawen umo 21 hhuhu..aku je yg x ikot jejak langkah dyeorang...klu de rezki bleh gak huhu...hari ni ari lahir adik aku nme dye mohd zahin bin rusni adik aku yg no 2 lahir 3.6.1991 skrng umo dye 17 thun bru nk amek spm...study betul2 la klu nk najah jgn bnyak maen jgn cm aku bnyak maen huhuh.....tulah serbe ckit ttg ari lahir mak abah dan adik aku...ari lahir aku lme ag huhu..ari lahir mak abah n adik dlam blan yg same so kesimpulannye klu nk wat party wt sklilah save bajet huhuhu...agi satu senang ckit nk wish.wish skli jela xdela aku lupe...aku bkan igt sgt pon ari lahir org nih kecuali kat org yg aku syang huhuhu....selamt ari lahir mak abah adik x lupe gak kat sape yg lahir same ngn tarikh nih..semoge dipanjangkan umur dimurahkan rezki dan berjaye dunia akhirat.....okeh wasalam....

Saturday, May 3, 2008

SELAMAT MENGHADAPI IMTIHAN
BITTAUFIQ
WAN
NAJAH

Tuesday, April 29, 2008

SEJARAH MOTOSIKAL


Sejarah motosikal bermula apabila manusia cuba untuk memasang enjin pada basikal. Berikutan dengan itulah terhasilnya motosikal pertama di dunia yang digerakkan oleh enjin wap, diikuti dengan motosikal yang menggunakan enjin petrol pada akhir kurun ke-19. Sejak daripada itulah rekaan motosikal terus berevolusi mengikut zaman sehinggalah kepada model-model motosikal terkini yang dapat kita lihat pada hari ini.

Motosikal berkuasa petrol terawal dicipta oleh Gottlieb Daimler dan Wilhelm Maybach pada tahun 1885. Hanya pada tahun 1894 motosikal mula dijual kepada orang ramai dan model pertama yang dijual adalah Hildebrand & Wolfmüller buatan Jerman.

Sejarah awal motosikal bermula di benua Eropah dan Amerika Syarikat, namun pada hari ini industri motosikal sebahagian besarnya dikuasai oleh pengeluar-pengeluar dari Jepun sepertiHonda, Yamaha, Suzuki dan Kawasaki. Malaysia juga tidak ketinggalan untuk mengeluarkan motosikal sendiri melalui penubuhan Modenas pada tahun 1995.

Saturday, April 26, 2008

RX-Z oh RX-Z


selamat malam semua....sekarang nih dah masuk musim panas bile mlam dah x bpe sejuk dah....bile bosan mulelah nk merapu walaupon imtihan dah nk dekat huhuhu.....bile nak study mulelah nk merindui sesuatu dan teringat sesuatu...jdinye nk puaskan ati aku dgn rindu merindu nih nak citelah sikit pe yg aku rindu dan ape yg aku teringat...nak tau pe yg aku rindu dan pe yang aku teringat,mestila mende yg aku sayang dan aku suke iaitu awek aku lah...nk tau spe awek aku moto rx-z kesayangan aku lah huhuhu....banyak kenangan indah aku bersamenye,dyelah yg bnyak berjasa ngan aku huhuhu,walaupun sekarang dye dah x berjasa kat aku,nk berjasa cmne aku kt msir dye kt mesia klu bleh bawak aku dah bwak dah......dgn moto rxz nilah aku boleh gi mne2 tempat yg aku suke...yg pentingnye minyak ade arr klu x de x jdi gak...nak tau sbb pe aku suke rxz sbb dye lju arr nk bikin pon senang cume fulus kene ade arr bru bleh power.nk tau brpe kljuan moto aku klu standart 190 km sejam jerk klu dah msuk brang racing 240 km sejam tulah yg pling lju yg penah aku rider tp ade ag yg lju dri aku...huhuu..klu x cye jom arr kte try spe bran....ni nk cte ckit tempat yg dah gi pling jauh bersame rx-z aku aku dah gi perlis,jb mmng jauh arr tp puas ati arr pegi nek rxz kire kuat arr jugak rxz aku nih pegi pon nk tgok show tu dlu2 lah mntak2 pas nih dah x arr just naek jerk .....kuat jgklah rxz akunih tpi de jgak rosak...kebiasaannye klu rosak aku repair sendiri arr kate mekenik mat rempit klu x pandai repair moto sendiri ceroila bak kata orang kedah.....tp mmng best repair2 moto ni sbb dah mmng hobi aku repair2 nih walupun moto tuh x rosak aku repair gak x kire arrr aku pasang bukak pasang tp okla xdela cam pomen labu pandai bukak jerk x pandai pasang ingat aku ceroi ker...aku sllu kene marah ngan mak n abah aku sbb asyik bukak moto jerk yelah aku nih kan study ag buku tah kemana yg aku tau moto jerk tula aku ni lembab ckit dlam pelajaran alhamdulillah la aku diberi peluang utk belajar kt msir ni klu x x taula jdi apelah aku sekarang nih jdi mat rempit kot....huhuu...tpi mmng best arr bersama rxz ni x cye try arr pkai rxz, tp kt mesir nih rx-z xde ceroi betul...tp bgus gak xde kat cni klu x aku merempit arrr...tp x pe arr....nnti aku blik aku nek arr rxz huhuhu tp ble erk ntah x tau..taun ni x blik taun depan kot blik bru dapt naek rxz...x saba rasenye nk tggu taun depan tp kene study dlu arr pulun betul2 ksi najah bru bleh blik klu x x blikla mmg kempunan arr aku.....aku mmng amat merinduimu wahai rxz bilelah agaknye aku dapat memiliki mu semula....huhuhu...dah arrr tuh mlas nk cte lebih2 nnti aku sedih plak huhuhu...mmg sedih pon...okeh bye....

Monday, April 21, 2008

IKLAN LESEN


Assalamualaikum wbt

Kepada sahabat-sahabat yang ingin membuat lesen memandu MOTOSIKAL di bumi anbia mesir ini (diiktiraf sebagai lesen antara bangsa dan bertaraf "B FULL" iaitu motosikal yang melebihi 500 sp/cc di Malaysia), juga lesen memandu KERETA, anda bolehlah berhubung terus kepada saudara.. MOHD NORDIN BIN RUSNI..(wakil zaqaziq)ditalian +20120766698

Segala urusan samada dengan pihak kedutaan, doctor dan pihak traffic akan diuruskan. Anda hanya perlu membuat tasdiq (تصديق قيادة)dan menjalani peperiksaan pada tarikh yang ditetapkan (akan diberitahu).bertempat di (عين صيرة)...............
Sekiranya berminat, sila sertakan
:
1. Gambar berukuran passport 5 keping
2. Salinan passport setiap muke dlm pasport
3. Tasdiq kuliah (تصديق قيادة )(jika motosikal dan kereta, 2 tasdiq)
4.salinan kernih kuliyah depan blkg 3 salinan
p/s :Test sehari, dan pada hari yang sama anda boleh terus terima kad.

LESEN MEMANDU DI MESIR BOLEH DIGUNAKAN DI MALAYSIA

Monday, April 14, 2008

tido

Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.


Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam.


Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang athlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan.


Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur, mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk ( drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan ibadah dan kerja-kerja lain.


Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya. Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti :


1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.


2. Tunaikan solat Isya' sebelum tidur.


3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.


4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.


5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bula kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga jam sahaja.


Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut. Demikian menurut pendapatseorang doktor dari China - Dr Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning.


Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam.

Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : " Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhn mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah." ( Surah az-Zariat ayat 15-18 )

Sunday, April 13, 2008

menjaga pandangan

Alhamdulillaahirabbil'aalamiin, Allahuma shalli 'ala Muhammad waala aalihi washaabihii ajmai'iin, Saudaraku yang budiman, diri kita yang saat ini katakanlah hidup di zaman modern sungguh amat sulit menjaga pandangan. Berbagai godaan senantiasa kita hadapi, sebagai contoh ketika kita masuk mobil angkutan umum, campur baur dengan lawan jenis pun tak dapat dihindarkan.Bahkan ketika berdiam di rumah saja, menahan pandangan tidak kalah susah nya. Koran, majalah dan televisi menyuguhkan pemandangan yang sungguh dapat membuat hati tergelincir karenanya. Tak heran, ibadah kita menjadi sering berantakan. Bacaan Al-Quran kita kering kerontang. Berdo’a pun sulit sekali khusyu apalagi sampai dapat mengeluarkan air mata.Syukur atas ni’mat-Nya, dan air mata takut adaikata kita mentaati perintah-Nya. Buat mengerti ilmu, itupun menjadi sebuah pendakian yang sangat terjal. Mendapatkannya sungguh sulit sedang hilangnya, mudah sekali. Memang hal ini sesuai dengan yang dikatakan oleh seorang alim pada muridnya; "hai anakku, sungguh ilmu itu adalah cahaya. Dan ia tidak akan masuk ke dalam hati yang di dalamnya kotor oleh maksiat."Dan pandangan liar, tidak bisa tidak, akan mengikis keadaan Iman yang tumbuh dalam hati seseorang. Sungguh Iman itu tidak hilang dengan tiba-tiba dan serentak, namun perlahan-perlahan dan sedikit demi sedikit. Pada kenyataannya pandangan terhadap lawan jenis yang tak halal, sangat efektif untuk menjadi jalan penyebab hilangya Iman itu.Dalam QS. An-Nissa : 118, syaitan la’natullah menegaskan komitmennya: "Saya benar-benar akan mengambil dari hamba-hamba Engkau bagian yang sudah ditentukan untuk saya." Artinya sebagaimana sebuah riwayat menuturkan bahwa pandangan adalah panah-panah syaitan, sedang syaitan itu tak menginginkan apapun dari manusia selain keburukan dan kebinasaan. Maka penjagaan kita terhadapnya adalah salah satu kunci pokok jalan keselamatan.Maka tatkala saat ini, ketika tak ada tangan Rasulullah yang dapat memalingkan wajah kita dari memandang perempuan, manakala tiada teguran dari mulut suci beliau yang menyuruh para wanita berhijab dari melihat laki-laki yang bukan haknya buat dilihat, marilah kita ingat sabda-sabdanya yang Alhamdulillah, masih terpelihara sampai saat ini. Yang menyuruh kita bersungguh-sungguh menjaga pandangan dengan lawan jenis, kecuali pada hal-hal tertentu yaitu pengajaran, jual beli, kedokteran dan persaksian. Senantisalah taburi hati kita dengan firman-firman Allah yang menjanjikan, bahwa barangsiapa yang menjaga dirinya dari perbuatan yang Allah haramkan, maka Allah akan mengaruniai kecintaan kepada hamba-Nya itu.Alhasil andaipun pada awalnya hal ini amat sulit kita lakukan, namun yakinlah bahwa barang siapa yang bersungguh-sungguh ingin menempuh jalan Allah, maka Allah akan lebih bersungguh-sungguh lagi membimbing jalannya. Sebagaiamana firman-Nya melalui perantaraan pesan pada Rasululah, yang tertera indah pada ayat 127-128 dalam Al- Quran Surat An-Nahl/16; "Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan berbuat kebaikan".Akhir kata sahabat, pandangan kita terjaga dengan baik, akan membuat seorang insan dapat merasakan manisnya iman dan lezatnya ibadah. Subhanallah Wallahu'alam

Saturday, April 12, 2008

menyingkap kisah lama


malm yg sunyi dan sejuk nih aku terkenang zaman2 jahiliyah aku dlu.bermulalah kisahku.....aku dulu bukanlah mcam aku skrg ni bnyak perubahan yg telah aku lakukan..alhamdulillah aku tlah dibukakan pintu hati....aku bersyukur pd ilahi semoge dgn perubahan ini aku akan menjadi seorang yang bergune dan menjadi lebih matang...kehidupan aku seblom aku sampai dibumi mesir ini agak teruk klu nk di bandingkan dgn skrng...bukanla aku nk kte aku ni baek sgt adela jaht ckit2...di waktu malm seblom aku tido aku selalu teringat bila bersame kawan2 aku di mlaysia....kawan2 aku dlu bkanla cm kt cni yg baek2..kawan2 aku dlu mat2 moto termasukla aku jgk yg ari2 klua mlam blik subuh,melepak pegi race bnyak buang mse....aku pk2 blik klulah aku spt dlu lg...x taula jd ape aku skrg ni.....klu nk diikotkan hati mmg giant nk nek moto kat cni...smpai skrg aku dah setaun lebih aku x nek moto ..ble aku tengok moto jer aku teringt kisah lme.mmg pyh nk lupekan...aku mmg minat dngn moto...aku kt mesia dlu ari2 bukak moto..ble di katekan aku ni makanik mat rempit gak la...aku dlu mmg bercite2 nk bukak bengkel..tp dgn nasihat mak dan abah,aku buat pilihan utk sambung belajar ke mesir...alhamdulillah kat mesir x macam kt mesia..klu cm mesia aku merempit agila kot...alhamdulillah skrg aku betul2 dah insaf...insyallah aku ari2 berdoa utk menjdi org yg baek dan bergune....semoge aku x akan mengulangi kesilapan yg lalu.....aku rse cm dah ngantok nk tdo. jam pon dah kol 230 pg,bnyak ag sbnrnye yg aku nk tulis nih cukuplah sampai kat cni...len kli aku smbung okeh...wasalm..

Wednesday, April 2, 2008

JARI YANG LIMA


Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam.Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan. Kemudian lekapkan jari itu di atas meja,perhatikan.....
Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar danterus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
Naikkan kepada jari
kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini.Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah diper tanggung --jawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.
Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identity dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka dan patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda. Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya itu Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???