Sunday, December 21, 2008

ADAB UMAWI

KHALIFAH UMAR ABD AZIZ

Umar ibni Abd al-Aziz (680-720) ialah khalifah bani ummayyah yang memerintah dari tahun 717 hingga tahun 720. Tidak seperti khalifah Ummayyah sebelumnya, dia dialntik ke jawatan khalifah. Dia ialah sepupu khalifah sebelumnya dan ialah anak adik Khalifah Abdul Malik iaitu Abd al-Aziz.

BIODATA
Umar dilahirkan pada tahun 682. Ada dua pendapat mengenaai tempat kelahirannya iaitu pendapat pertama dia dilahirkan di Madinah manakala pendapat kedua mengatakan dia dilahirkan di Mesir. Bapanya ialah Abd al-Aziz, Gabenor Mesir dan adik kepada Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Umar ialah cicit kepada Khalifah kedua Khulafa al-Rasyidin iaitu Saidina Umar Al-Khatab.

MENJADI GABENOR
Umar dibesarkan di Madinah dan tinggal di sana sehinggalah kematian ayahnya. Selepas itu dia dipanggil oleh Khalifah Abdul Malik ke Damsyik untuk mengahwini anak Khalifah Abdul Malik, Fatimah. Khalifah Abdul Malik meninggal dunia tidak lama kemudian dan digantikan dengan anaknya Al-Walid I yang kemudian melantik Umar sebagai Gabenor Madinah. Tidak seperti gabenor terdahulu, Umar menubuhkan sebuah majlis untuk membantunya menguruskan Madinah. Ramai orang berhijrah dari Iraq ke Madinah mencari perlindungan daripada kekejaman gabenor Iraq iaitu Hajjaj ibn Yusuf. Hal ini mendatangkan kemarahan Gabenor Iraq yang kemudiannya mendesak Khalifah Al-Walid supaya memecat Umar. Walaupun mendapat bantahan penduduk Madinah, Khalifah Al-Walid terpaksa tunduk kepada tuntutan Hajjaj

MENJADI KHALIFAH
Umar terus tinggal di Madinah sepanjang pemerintahan Khalifah Al-Walid dan Khalifah Sulaiman. Khalifah Sulaiman yang juga merupakan sepupu Umar amat mengaguminya dan melantik Umar sebagai penggantinya walaupun ditentang oleh saudara terdekatnya. Umar dengan berat hati menerima jawatan ini walaupun mencuba beberapa kali untuk mengubah keputusan Khalifah Sulaiman. Umar tidak mementingkan kekayaan dan kemegahan dan memilih untuk hidup dalam kesederhanaan.
Walaupun mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi rakyat, beliau menggalakkan rakyat supaya memilih khalifah yang baru sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan pemerintahannya. Beliau membahagikan tanah jajahan Ummayyah kepada rakyat dan amat jarang menerima hadiah kerana takut dirasuah. Beliau juga mendesak kaum keluarganya supaya mendermakan barang kemas kepada perbendaharaan awam.

PERUBHAN PENTADBIRAN
Umar juga melakukan beberapa perubahan keagamaan. Dia menghapuskan amalan menyumpah Saidina Ali Abi Talib semasa khutbah Jumaat. Khalifah Umar juga menguatkuasakan undang-undang Syariah dan menghapuskan amalan pembayaran cukai Jizyah terhadap saudara baru Islam walaupun mereka telah memeluk Islam.
Walaupun beliau tidak berminat untuk mengembangkan empayar Ummayyah, beliau berjaya menumpaskan beberapa pemberontakan dan penentangan

KEWAFATAN
Perubahan yang dilakukannya menimbulkan kemarahan golongan bangsawan Ummayyah yang kemudiannya merasuah seorang hamba untuk meracuni makanannya. Umar mengetahui mengenai perkara ini dan memaafkan pesalah ini. Beliau wafat pada tahun 720 di Aleppo. Beliau digantikan oleh sepupunya Yazid II...

Friday, September 26, 2008

Monday, June 9, 2008

Selamat Datang ke UK Corner

Dijemput kepada semua mahasiswa/wi zaqaziq
untuk hadir majlis pembukaan :

UK Corner

Bertempat : Maharis Handasah Qaumiyah
Bertarikh : 12 JUN 2008
Hari : Khamis
Masa : Lepas zohor sampai lepas Maghrib

Talian : 018 – 3843245 Ust Zofer
010 – 3727996 Ust Hazri
012 – 0766698 Ust Nordin

Sunday, June 8, 2008

PANTUN SELANG NEGERI

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api]
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Tuesday, June 3, 2008

selamat hari lahir mak abah adik...

asslamualaikum semua ari ni aku dah abis imtihan kertas last madah tafsir alhamdulillah selasai gak imtihan....blik je dri imtihan aku terus bukak komputer yelah dah lame x bukak sejak dri seblum imtihan ag...xdelah lme sgt 30 ari jerk masuk ari ni huhuhu....petang ni rase seronok giler....dah abis imtihan merdekalah ringan ckit kepale otak aku nih sblum ni berat huhu bnyak ngapal huhuhu...petang nih aku nk cite ckit ttg ari lahir mak abah dan adik aku...semalam ari lahir mak aku 2.6.1965 nme mak aku rahimah bte mat jani umor 44 tahun mude ag kan huhuhu yelah mak aku umo 19 dah kawen dah....tdi mak aku ni abah aku plak ari lahir dye esok 4.6.1963 namenye rusni bin jabar skrg umurnye 46 tahun...abah aku mude gak kawen umo 21 hhuhu..aku je yg x ikot jejak langkah dyeorang...klu de rezki bleh gak huhu...hari ni ari lahir adik aku nme dye mohd zahin bin rusni adik aku yg no 2 lahir 3.6.1991 skrng umo dye 17 thun bru nk amek spm...study betul2 la klu nk najah jgn bnyak maen jgn cm aku bnyak maen huhuh.....tulah serbe ckit ttg ari lahir mak abah dan adik aku...ari lahir aku lme ag huhu..ari lahir mak abah n adik dlam blan yg same so kesimpulannye klu nk wat party wt sklilah save bajet huhuhu...agi satu senang ckit nk wish.wish skli jela xdela aku lupe...aku bkan igt sgt pon ari lahir org nih kecuali kat org yg aku syang huhuhu....selamt ari lahir mak abah adik x lupe gak kat sape yg lahir same ngn tarikh nih..semoge dipanjangkan umur dimurahkan rezki dan berjaye dunia akhirat.....okeh wasalam....

Saturday, May 3, 2008

SELAMAT MENGHADAPI IMTIHAN
BITTAUFIQ
WAN
NAJAH